Tuesday, October 6, 2009
dani...
dah masuk 4 hari dani batuk, selsema n demam. aku sekarang ni betul2 risau. malam dah kurang menyusu. mungkin dani tak selesa hidung dia asyik berair dan tersumbat. kesianlah dani. aku tak tau nak wat ape lg. badan dani skrg ni banyak sangat susut. mungkin ni salah satu proses pembesarannya.
hari ni dani masuk 9 bulan. pejam celik kejap je rasanya. aku rasa macam baru je aku mengandung dan bersalin. rupanya dani dah nak setahunpun. dani manja sangat ngan aku. pantang nampak aku mesti nak mengempeng je kerjanya. tak boleh aku pergi jauh sket, mesti nangis walaupun masa tu dia tengah main ngan ayah dia. dani... dani. macamna dani nak ade adik ni. huahuahua. aku kalau boleh biarlah dani ni dapat perhatian secukupnya daripada aku dulu baru aku memikirkan pasal adik baru dani. tapi kalau dah rezeki kami sekeluarga nak dapat ahli baru, kami terima dengan hati yang terbuka.. :)
Thursday, October 1, 2009
BREASTFEEDING INFO
Monday, September 28, 2009
dani@hari raya
ni gambar2 dani time raya hari tu
Wednesday, September 9, 2009
info berguna (Copy From Nad)
10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu:
Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.
Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.
Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.
Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.
Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.
Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.
Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.
Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.
Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi*manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.
Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.
Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.
Tuesday, September 8, 2009
HOTEL SELESA
Wednesday, September 2, 2009
new update! lalalala
firstly... aku nak cerita pasal induksi yg telah aku hadiri lebih sebulan yg lepas. hmm, boleh tahanlah pengisiannya cume dr segi pengurusan ade sedikit kelemahan yg masih boleh diperbaiki. tp masa kat sana rindu kat dani tak boleh aku ceritakan. berbotol-botol susu aku simpan untuk dani dalam freezer. tq mr.syazwan kerana memberi kerjasama yg baik kat aku dalam menyokong kempen penyusuan ibu. heheh.
ni antara gambar-gambar aku masa kat PD
hmm, actually skrg ni tgh sibuk dengan CDT n SSE. ape tu CDT n SSE tu takyah kamu2 amik tau. heheh sbb tu keje aku. biasalah akhir2 tahun ni. keje melambak. nak wat camne dah tugaskan.
memandangkan sekarang ni bulan puasa, ape yg selalu memeningkan kepala aku adalah ape nak masak hr2... hahaha. tu je setakat ni
ntah ape2 entry aku hr ni. klah bye
Monday, July 20, 2009
induksi umum
Friday, July 17, 2009
Ya ALLAH Kenapalah Aku Diuji Begini
(tapi dalam kebengangan aku, rasa happy gile hr ni coz aku lulus periksa jabatan. walhal aku langsung tak baca satu hapah! maklumlah sibuk melayan si kecik. mana ade masa nak membaca. alhamdulillah...)
Thursday, July 16, 2009
JuMAaT YaNg BeRkAt
jap lagi aku kena wat lagi air utk vip SPA. nampaknya sorang2 jelah aku kena wat air coz memasing aku tgk bz je. takpelah... nak buek camno
huhuhuh
Wednesday, July 15, 2009
UnTuk SemUa IsTeri, BakAl IsTerI dan JuGak Yg BerisTeRi
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI .... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...
C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...
C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap .....
C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ..... Ade isteri kata - mekap untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...
C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...
C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai .... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...
7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu .....
BoRed ThurSDay
Kantoi Mata BengkaK
pukul 8.15 aku g pantry jap~tgk ape yg patut coz aku duty pantry bulan ni. tgk aku sibuk nak masak air untuk VIP yg interview SPA, si KAHAR budak baru yg jaga kaunter telefon bagitau aku kene jage kaunter. eh, pesal plak!!! dah tentu2 dia yg wajib jg kaunterwalaupun aku tau hr ni aku duty kaunter kalau dia tak ade. dia nak g mana2 ke? ini dah lebih!!. aku terus je g kaunter tanya kat dia kenapa plak aku kena jaga.WOooWoooooOOoWoooo. dia kata cik huda suruh dua org dok kaunter. Eeeee malas tul aku. aku cakap ngan dia yg aku duty pantry nak siapkan air unttuk VIP. org lain yg bertugas kebanyakan kena g BTN. diapun dengan terpinga2 mengiyakan kata2 aku. hehehhe kesian plak aku tgk mamat ni.
HUhuhu.. Hari ni sebenarnya banyak gile keje aku. kirenye bz gaklah. nak menyiapkan MM(Monthly Manufacturing) yg tersadai kat meja aku ni tp sempat gak melayan blog ni. hehehhe. sambil2 tu aku g snap gambar2 budak opis aku. hahahah
GelaGat DaNi.
.jpg)

