Sunday, March 21, 2010

here i come

dah lama rasanya tak meluahkan dalam blog ni. blog nipun suram je. heh. aku macam kehabisan idea je. tulah, org nak berblog kitepun nak berblog same. tak ade ape kot yg menarik cume skrg ni aku sangat bz menjalani kehidupan sbg seorg isteri dan ibu.

ape yang menarik sepanjang tahun ni~
1) aku menang tempat ke 3 pertandingan esei peringkat JP Malaysia. best jugak rasanya walaupun hadiah dia ciput je. bukan ape... untuk rekod peribadi je. huahuahua
2) dani dah setahun. dani berjalan umur dia setahun sebulan 2 minggu. best tgk dia dah pandai jalan. mulut diapun makin keletah
3) aku dapat laptop sendiri. walaupun aku beli tahun lps... tp kire salah satu benda amat berharga ubtuk diriku jugak.

Tuesday, October 6, 2009

dani...

entry hr ni bertajuk "DANI". my lovely son....

dah masuk 4 hari dani batuk, selsema n demam. aku sekarang ni betul2 risau. malam dah kurang menyusu. mungkin dani tak selesa hidung dia asyik berair dan tersumbat. kesianlah dani. aku tak tau nak wat ape lg. badan dani skrg ni banyak sangat susut. mungkin ni salah satu proses pembesarannya.

hari ni dani masuk 9 bulan. pejam celik kejap je rasanya. aku rasa macam baru je aku mengandung dan bersalin. rupanya dani dah nak setahunpun. dani manja sangat ngan aku. pantang nampak aku mesti nak mengempeng je kerjanya. tak boleh aku pergi jauh sket, mesti nangis walaupun masa tu dia tengah main ngan ayah dia. dani... dani. macamna dani nak ade adik ni. huahuahua. aku kalau boleh biarlah dani ni dapat perhatian secukupnya daripada aku dulu baru aku memikirkan pasal adik baru dani. tapi kalau dah rezeki kami sekeluarga nak dapat ahli baru, kami terima dengan hati yang terbuka.. :)

Thursday, October 1, 2009

BREASTFEEDING INFO

Penyusuan ibu memerlukan persediaan sejak dari awal lagi khususnya sejak ibu mula mengandung. Puting susu bolehlah dibersihkah dengan air panas atau sabun. Buah dada juga elok diurut menghala ke arah puting. Segala kekotoran pada puting buah dada perlu dibersihkan kerana ini boleh menyebabkan aliran susu tersumbat. (Memang mama kerap lakukan setiap kali mandi atas nasihat nenek qaisara). Kejayaan penyusuan juga banyak bergantung kepada taraf kesihatan dan pemakanan ibu yang mengandung. Jika ibu mengalami sebarang masalah kesihatan dan masalah kekurangan zat pemakanan, keadaan ini boleh menjejaskan atau mengganggu proses penyusuan. Penting bagi ibu mendapatkan sumbet zat protein yang mencukupi, vitamin serta zat logam khususnya zat besi kerana zat pemakanan ini akan masuk ke dalam air susu bagi memenuhi keperluan bayi.Sebaik sahaja bayi dilahirkan, letakkan pada puting susu ibu kerana proses penghisapan akan mempercepatkan dan mempermudahkan pengeluaran air susu.(Klu bersalin kt hospital gov-HPJ,memang ini yg dorg akan lakukan compare bersalin private kebiasaannye ibu akan ditolak ke wad and baby akan dibawa kepada ibu selepas itu/ibu terpaksa pergi nursery utk tgk baby) Biasanya pada hari pertama atau hari kedua selepas kelahiran, air susu belum banyak keluar, malah kadang-kadang tidak ada langsung. Saya ingin menegaskan penghisapan puting perlu dilakukan berulang-ulang kali untuk mempercepatkan proses pembentukan air susu. (tu sbb mama kate, jgn mudah give up.kasik je baby isap..kenela tahan sikit klu puting luka ke ape..sian lagi kt baby klu dia lapar..Fikirkan kesiankan anak dulu ye ibu2 sekalian,lupekan kesakitan anda..sakit bersalin melebihi dr sakit puting luka..betul tak?? :))Pada waktu ini sesetengah wanita mengeluarkan air jernih bukan susu yang digelar colostrums. Ini juga mengandungi khasiat pemakanan yg baik untuk bayi. Pada hari pertama dan berikutnya jika susu ibu tidak mencukupi, bayi boleh diberikan susu botol.Biasanya susu keluar pada hari kedua atau ketiga, namun demikian ada sesetengah ibu susunya keluar lebih lambat seperti tiga hingga lima hari kemudian. Kelambatan ini tidak perlu dibimbangkan kerana susu pasti akan keluar juga akhirnya.Bagi ibu yang melahirkan anak sulung, proses penyusuan adalah satu pengalaman baru. Ibu mungkin terasa kekok pada mulanya. Sedutan atau hisapan bayi yang terlalu kuat mungkin menimbulkan rasa sakit. Jika percubaan pertama atau berikutnya masih gagal untuk memberi hisapan yang sepuasnya kepada bayi, kita tidak perlu putus asa dan terus memberhentikan usaha untuk menyusukan bayi. Seperti yang saya nyatakan tadi, jika kita berulang-ulang kali meletakkan bayi pada puting buah dada, dia akan cuba menghisap. Kadangkala bayi berasa hampa dan menangis kerana tidak ada susu yang keluar pada hari pertama dan kedua.Info diperolehi daripada HamidArshat(Pakar Sakit Puan)



Ba Ba Black Sheep
Have You Any Wools
Yes Sir, Yes Sir
Three Bags Full

One For The Master
One For The Dame
One For The Little Boy Who Lives Down The Lane

Ni lagu feveret dani ni.... kalau tgk vcd lagu ni... aku panggilpun dia wat tak tau je. dani... dani

Monday, September 28, 2009

dani@hari raya

selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat semua. raya kali ni penuh bermakna bagi diri aku kerana buat pertama kalinya aku beraya sebagai seorang ibu. untuk raya kali ini, persiapan lebih tertumpu pada anak aku DANI. aku jugak telah apply cuti awal2. aku beraya pertama di Mersing dan tentu2nya abah ngan mak paling gembira sebab dapat beraya dengan cucu sulungnya.
ni gambar2 dani time raya hari tu



ampunkan dosa syg abg... ;p





dani n tok mak n tok abah



family kami

Wednesday, September 9, 2009

info berguna (Copy From Nad)

10 mitos yang popular berkaitan penyusuan susu ibu:


Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.


Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.


Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.


Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.


Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.
Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi.


Mitos #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.


Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.


Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi*manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.


Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.


Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

Tuesday, September 8, 2009

HOTEL SELESA

hari ni JP Johor akan adekan majlis berbuka puasa kat Hotel Selesa. so aku akan bawak my husband n my little son untuk berbuka join the club. lalala